Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi DIHERBS !!!
Assalamualaikum w.r.t,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga dan keturunan baginda sekalian. Setinggi-tinggi syukur kepada Allah s.w.t. yang teramat luas rahmat-Nya sedang kita nikmati sekarang. Sesungguhnya kuasa menyembuhkan penyakit itu hanya pada Allah s.w.t. Namun demikian ikhtiar untuk mencari ubat adalah wajib bagi kita sebagai hamba-Nya. |
Sebenarnya terlalu banyak penyakit dewasa ini berpunca daripada kelalaian manusia menjaga kebersihan makanan dan minuman. Umpamanya penyakit kencing manis (diabetes mellitus), penyakit darah tinggi (hypertension), penyakit gemuk (obesity), penyakit cirit-birit (diarrhoeal diseases), penyakit gastrik (gastritis) dan sebagainya. Paling penting sekali adalah bagaimana caranya untuk mengekalkan kesihatan kita supaya terhindar dari sebarang penyakit.
Pada suatu ketika, Umar ibn Khattab telah berkhutbah seraya berkata: "Jauhilah daripada kekenyangan kerana ia mendatangkan kemalasan untuk bersembahyang dan merosakkan badan serta mendatangkan penyakit."
Ikhtiar rawatan yang saya ingin kongsikan di laman ini adalah ilmu pengubatan alternatif dengan menggunakan khasiat alam semulajadi. Saya akan membongkar RAHSIA herba terbaik di Malaysia kerana ilmu ini tidak boleh disimpan dan mempelajarinya adalah fardu kifayah yang mesti dituntut oleh sebahagian daripada umat Islam di sesuatu kawasan supaya semuanya tidak menanggung dosa yang berterusan. Imam Al Ghazali telah menjelaskan, "Fardu kifayah ialah tiap-tiap ilmu yang tidak dapat diketepikan dalam penegakan urusan dunia seperti ilmu kedoktoran kerana kepentingannya dalam memelihara tubuh manusia." Adalah berdosa besar menyembunyikan ilmu sebagaimana disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya,

Justeru itu, saya telah berusaha menyampaikan ilmu pengubatan dan pemeliharaan menggunakan produk herba DIMAZ dengan izin Allah s.w.t. agar ianya bermanfaat bukan sahaja untuk umat Islam malah kepada masyarakat secara keseluruhan. Sesungguhnya apa yang baik adalah daripada Allah s.w.t. dan segala kekurangan adalah dari kelemahan saya sendiri.
"INGATLAH KEPADA ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MENGINGATIMU"
"INGATLAH KEPADA ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MENGINGATIMU"
Syarikat Dimaz Delima Industries Sdn. Bhd. (666748-W) kini lebih dikenali sebagai DIMAZ telah ditubuhkan pada tahun 1998, merupakan sebuah syarikat yang berdaya maju dan komited dalam usaha menaikkan taraf industri herba negara dengan motto 'HERBA TERAS KESIHATAN'.
DIMAZ telah mendirikan sebuah kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) atau APB (Amalan Pengilangan Baik) bagi menghasilkan produk konsentrasi herba yang bermutu tinggi untuk rawatan dan penjagaan kesihatan masyarakat secara menyeluruh. DIMAZ juga telah membuktikan bahawa produk herba boleh merawat pelbagai penyakit kronik selari dengan tuntutan agama seterusnya menaikkan taraf perubatan alternatif menggunakan khasiat alam semulajadi iaitu herba terbaik di Malaysia.
Sebagai sebuah syarikat 100% bumiputera, DIMAZ amat berbangga kerana dapat menyumbang dalam menaikkan taraf ekonomi negara. DIMAZ juga telah membantu ramai usahawan untuk menambah pendapatan dan berjaya keluar dari belenggu kemiskinan dengan menceburi bidang perniagaan produk kesihatan berasaskan herba.
Produk DIMAZ telah didaftarkan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan mendapat perakuan pendaftaran produk di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kelulusan ini membuktikan bahawa kualiti dan keselamatan produk DIMAZ adalah terjamin dan selamat untuk dimakan. Pengiktirafan ini juga telah melengkapkan DIMAZ sebagai pengeluar dan pengedar produk herba tradisional bermutu tinggi yang dikilangkan mengikut piawaian pihak berkuasa.